assalamualaikum dan salam sejahtera
Maaf untuk memberi sedikit pendapat tentang sistem pendidikan di malaysia.
bagi saya sendiri sistem ini masih belum cukup cekap dan berkualiti untuk kita banggakan. saya idak menafikan yang kita telah berjaya melahirkan jutaan warga yang berjaya setanding minda generasi di negara dunia pertama. namun persoalan saya adalah tentang pendidikan sekarang yang lebih bersifat peperiksaan. walaupun telah ditekankan pendekatan 10% kelayakan untuk ke universiti bergantung kepada pencapaian Kokurikulum namun sistem ini seakan tertolak secara tidak rasmi apabila majoriti pelajar masih menganggap perkara ini sebagai sampingan.
selain itu saya juga berpendapat keidakadilan wujud dalam pemilihan pelajar dan penempatan pendidikan di malaysia. tamsilnya jurang pendidikan antara masyarakat bandar dan mereka yang tinggal jauh dari pembangunan. adakah adil untuk kita meleakkan indikator atau piawaian yang sama antara dua golongan ini?
secara peribadinya saya jawab tidak.
bagaimana pula dengan segelintir lain yang mempunya pencapaian dan kekuatan yang baik dalam aktiviti luar kelas seperti sukan, permainan, aktiviti koakdemik dan lain-lain, mereka seakan terpinggir dan terbatas untuk mengembangkan potensi masing-masing apabila mereka hanya memiliki pencapaian sederhana dalam perjuangan akademik mereka.
mungkin ramai yan g menganggap tak guna punya bakat tanpa ilmu, namun persoalan nya, bukankah mengembangkan bakat itu juga satu bidang pengajian tidak formal dan berbentuk ilmu?
bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai ilmu tetapi sekadar dalam minda ataupun disimpan nafsi-nafsi.? mengkaaji dan menelaah sepanjang malam untuk mencapai cita-cita katanya.
kemudian apabila golongan ulat buku ini dalahirkan timbul pula keluhan tentang siswazah tidak memiliki softskill(ilmu bantu).
dari tadika, ke sekolah rendah hingga ke unversiti mengapa pelajar hanya dididik mengenal buku hingga yang di luar tingkap itu diabaikan?
siapa yang harus dipersalahkan dan dimanakah sialpnya?
adakah praktikal ditampuk lama ini kita harapkan mampu membawa perubahan luar biasa kepada bangsa Malaysia yang kita cintai ini?
m
No comments:
Post a Comment