Thursday, 16 June 2011

DEbaT aKhiR NegEri MelaKa 2011

saya sempat menyaksikan debat akhir peringkat negeri melaka. ingin diingatkan bukanlah ingin mempertikai kualiti atau pencapaian , tetapi sekadar pendangan mengikut pengalaman.
pertama ulasan meja kerajaan. PM adalah pemidato yang baik tetapi malangnya gagal membuka usul dengan sempurna. terlalau membaca dan mengangkat teks ucapan yang dianggap sebagai kelakuan kurang sopan ketika berucap. selain itu beliau juga perlu meningkatkan daya penyampaian kearah yang lebih murni suppaya hadirin dapat merasai mesej tersebut. walaubagaimanapun , beliau menonjolkan persembahan terbaik di meja kerajaan.
TPM sekadar hebat bermain kata-kata. Maaf , tetapi hakikatnya beliau sekadar hebat bermain helah dan langsung tidak berhadapan dengan meja pembangkang. jawapan izin laluan juga adalah bentuk pelarian dan tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.

No comments:

Post a Comment